💛 BANTUAN GROCERY – 26 OKT 2018 💛


đź’›
Kita amat beruntung dengan pertolongan dari usahawan, guru , dermawan dan sukarelawan Puan Cikgu Fateema. 
Cikgu Fateema adalah seorang usahawan Shaklee, guru tusyen dan guru kelas renang. Di samping kesibukan beliau, beliau masih melibatkan diri dengan kerja-kerja sukarelawan di sekitar kawasan beliau.
Melalui beliau juga, kita dapat menyantuni golongan keluarga asnaf yang jauh dan pendalaman yang tidak dapat kita capai. 
đź’›
Puan Cikgu Fateema telah menyantuni keluarga Muhammad Hariz yang berusia 14 tahun di Balok, Kuantan.
Keluarga Hariz mempunyai 6 orang adik beradik tetapi ibu dan bapanya tidak mampu menyara mereka dengan baik disebabkan kesusahan mereka sehingga menyebabkan Hariz kadang-kala terpaksa keluar meminta bantuan di tepi-tepi jalan.
đź’›
Puan Cikgu Fateema telah membelikan keluarga ini sedikit makan malam, barangan basah dan keperluan dapur, dan menyerahkan sedikit wang tunai kepada Hariz untuk membantu mereka.
đź’›
Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyampaikan sumbangan untuk kami agihkan kepada keluarga asnaf ini. Insyaallah sekiranya ada bajet lagi, kita akan santuni keluarga lain pula.
đź’›
#behearth #weekly #mingguan #aktiviti #charity #kebajikan 

#housewife #housewives #asnaf #anak #child #children #anakyatim 

#sahamakhirat #tamakpahala #outsourcing #love #heart #golden 

#yellow #shahalam #kuantan #paka #cikgu #sukarelawan 

#usahawan #dermawan#bantuan

Perkongsian epiphany saya

Hari ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran arwah mama saya.

Antara ‘a very painful date’ dalam kalendar saya.

Pemergian arwah mama, yang bagi saya secara tiba-tiba, amat amat amat memeritkan.

Tak pernah saya rasa sakit.
Tak pernah saya rasa kosong seperti ketika itu.

Dulu-dulu bila saya dengar kisah kawan-kawan kematian parent, saya sekadar hanya cuba membayangkan,tapi tak sama langsung dengan kesakitan apabila ia benar-benar berlaku kepada diri sendiri.

Selama beberapa bulan, kesakitan itu tidak dapat saya channelkan dengan baik. Despite apa jua yang saya cuba. Hampir depress.

Saya cuba pelbagai cara namun sakitnya dan kosongnya itu makin ketara.

Memang pada saya, setiap manusia, akan melalui satu keadaan dimana dia rasa pada masa itu tak ada orang faham atau listen-to-my-pain. Memendam rasa lebih tidak membantu especially untuk orang yang kuat membebel macam saya.

Pada ketika pemergian mama itulah saya dapat ‘Aha Moment’ atau epiphanies saya atau dapat jika digambarkan dalam komik tu bagai ditampar kuat dipipi sampai gigi semua berterabur.

Allahu…Saya belum menjadi anak yang baik…Saya tak sempat…

Isu saya bukan kerana mama pergi (Dia telah selesai menjadi mak yang terbaik, dia layak bertemu Tuhannya apabila dipanggil). Isu saya adalah, saya belum jadi anak terbaik. And I always thought I will have more time…

Jadinya saya stop semua benda yang saya rasa mama tak suka saya buat.

Saya memulakan inisiatif BEHEARTH setelah Allah menemukan saya dengan Puan Moona.

Saya fikir, sekiranya saya yang dah besar tua dah kahwin n ada anak ni pun rasa sangat sakit dengan pemergian mama, anak-anak kecil itu lebih lah lagi sangat broken dan lost dari saya.
Jika tersilap kata tersilap perbuatan , boleh jadi rebel, boleh jadi depress, boleh jadi self-destruct!

Selagi kita mampu, kita akan cuba usahakan, dengan sedikitnya masa , tenaga dan ilmu yang kita ada, semoga aktiviti ini akan automated berterusan berjalan, walaupun hingga setelah kita tiada nanti.

Saya telah niatkan seluruh usaha BEHEARTH, sekiranya adalah sedikiiiiit nilai pahala dari usaha ini disisi Allah, jika ada pahalanya, untuk saya sedekahkan kepada umumnya seluruh ibubapa yang telah pergi meninggalkan anak-anak ini dalam jagaan kita – muslimat muslimin yang lain, kepada ibu-bapa para sukarelawan dan dermawan, dan khasnya kepada arwah mama saya.

Sila duduk dan jangan lari.

Khas buat semua yang telah pergi,
Al-fatihah~~~

 

 

 

Harta Itu Amanah Allah

Dalam setiap rezeki kita ada sedikit bahagian untuk orang lain yang berhak.

Jika kita diberi dan diamanahi dengan rezeki kenderaan, tempat tinggal, keluarga dan harta… jadilah pemegang amanah yang baik.

Infakkan sedikit harta kita untuk mereka yang lebih berhak. 
Seperti anak yatim dan orang-orang miskin yang memerlukan.

Apakah yang menahan anda?

Jumaat Yang Mencabar – 13 Julai 18

Minggu ini bukanlah merupakan minggu yang terbaik untuk kita.

Minggu ini kita agak sibuk dengan urusan pekerjaan, urusan keluarga, diuji dengan masalah kesihatan dan juga masalah-masalah lain dari kawan-kawan sekeliling.

Namun kita tetap cuba untuk istiqamah didalam urusan kita.

Semoga apa benih yang kita tanam hari ini akan dapat dilihat hasilnya satu hari nanti.

#pasrah #redha

Walaubagaimanapun… (*stop selfpitying )

Berikut adalah laporan HARI GROCERY pada minggu ini:

– Jumaat 13hb Julai 2018
– Jumlah kutipan derma minggu ini : RM 360.00
Jumlah perbelanjaan barang dapur tidak termasuk yang telah didermakan: RM 370.30.

Masalah anak-anak dan pihak pengurusan pada minggu ini. 
– Masalah jangkitan kulit pada anak-anak yang mendesak terhadap pembelian cadar medical-grade. 
– Dan masalah kekurangan kakitangan di asrama Rumah Aman.

Jumlah derma meningkat berbanding minggu lalu. ALHAMDULILLAH.

Semoga Allah memakbulkan impian dermawan2 kita hari ini.

Aminnnn

Muhammad Zul Adam

Muhammad Zul Adam, 5 tahun.
Telah menetap di rumah anak yatim sejak berumur 2 tahun 
Dia ditinggalkan oleh seseorang di Balai Polis. 
Waris Adam langsung tidak dapat dikesan.

Tempat bermanja yang Adam kenal, hanya pekerja2 Rumah Aman dan para sukarelawan.

Sesekali saya datang Adam panggil saya aunty, ibu atau mama.
Biarlah dia nak panggil saya apa gelaran sekalipun.

Paling lasak, paling aktif dan paling manja antara semua anak2 di situ. 
Tapi tiada yang sanggup even mencubit.
Semua orang tahu Adam hanya mahukan attention, kurang kasih sayang pelukan sentuhan.

Apa sahajalah yang kanak-kanak perlukan?
Apa sahajalah yang kanak-kanak minta dari kita?
Apa sahajalah yang kanak-kanak boleh lakukan pada kita? Menjerit? Menangis?

Tiada orang kata menjaga anak itu mudah.
Lagi-lagi anak orang.

Tapi kita kena selalu ingat.
Bayi dan anak-anak inilah paling suci paling dekat dengan dunia sana, syurga.

Layan lah mereka selayaknya.

Kalau dengan bayi yang lemah pun kita nak bertindak kejam….. 
apa sahajalah kita ini…

#justiceforadamrayqal

Senarai Barang Keperluan 4 Julai 2018

IIni adalah senarai barang keperluan yang diminta oleh Rumah Aman pada 4 Julai 2018 yang lalu. 

Setelah membuat pengumpulan barangan yang diderma oleh orang ramai, kami masih perlu membuat pembelian untuk top-up dan menambah dari baki apa yang telah disumbangkan. 

Kami kemudiannya telah membeli dan telah menghantarnya kepada Rumah Aman pada Jumaat, 6 Julai 2018.

JUMLAH PERBELANJAAN : RM  279.70
JUMLAH KUTIPAN DERMA PADA 1 HINGGA 5 JULAI 2018 : RM 130.00

JANGAN LUPA KLIK SINI untuk menderma dan membantu anak-anak ini.
Terima kasih.

 

Misi Jumaat – 29 Jun 2018

Jumlah perbelanjaan pada 29 Jun 2018 adalah sebanyak RM378.15.

Jumlah ini agak tinggi kerana kami mempunyai request dari pihak pengurusan dari aspek stationnery dan buku-buku sekolah anak-anak yatim ini.

Jumlah donation untuk 29 Jun 2018 pula hanyalah RM150.00.

Bantu kami dengan share page dan post kami.

Semoga usaha-usaha kita untuk anak-anak ini akan dipermudahkan dan dapat diteruskan dengan konsisten.