Kumpulan Behearth bermula dengan hanya sejarah yang kecil.


Behearth merupakan sebuah kumpulan kecil sahabat , teman dan kenalan yang bergabung atas nama kebajikan.


Pada setiap minggu , ahli kumpulan Behearth akan mendapatkan senarai keperluan barangan dapur atau keperluan sekolah dari rumah anak yatim atau kebajikan dan kami akan cuba untuk menunaikan semua permintaan mereka melalui pengumpulan derma kewangan atau barangan dari kawan-kawan sekeliling terdekat.


Hari demi hari, Behearth bertambah kenalan, yang datang sebagai dermawan dan ada juga ramai antaranya adalah sahabat usahawan yang mempunyai syarikat atau produk sendiri.

Dari situ Behearth memulakan IDEA untuk menjalankan jualan amal secara berterusan.
Kami di Behearth menerima apa jua sumbangan dari pihak tuan puan semua. Sama ada dari segi sumbangan kewangan, sumbangan barangan dapur, dari segi sumbangan tenaga, masa mahupun IDEA.

Hubungi kami untuk kita sama-sama meneruskan usaha dan jihad ini.

Anda mungkin akan menyelamatkan hati anak-anak ini dengan memberi hati ada kepada usaha ini.